Kata Kerja 'Ada'

Kata kerja 'ada' disebut sebagai hebben dalam bahasa Belanda. Ia setara dengan kata kerja, to have dalam bahasa Inggeris. 

Ik heb saya ada
Je hebt/jij hebt (heb je/heb jij?) kau ada
U heeft awak ada

Hij heeft dia ada (m)
Ze heeft dia ada (f)
Zij heeft dia ada (f)
Het heeft ia ada

We hebben kami ada
Wij hebben kami ada
Jullie hebben kamu ada
Ze hebben mereka ada
Zij hebben mereka ada

Perhatian, apabila jij atau je diikuti oleh kata kerja, tiada -t ditambah padanya. Kalau dalam persoalan, jij hebt atau je hebt akan menjadi heb jij? atau heb je? sahaja.

Bentuk Soalan

Bentuk soalan dalam bahasa Belanda disebut sebagai, de vragende vorm. Biasanya subjek dan kata kerjanya akan diterbalikkan.

Contoh:
  • Jij hebt een huis akan berubah menjadi heb jij een huis? (huis - rumah)
  • Hij is een man akan berubah menjadi is hij een man? (man - lelaki)
Begitulah seadanya dalam bahagian nota yang ini.