Kata Pemeri

Sama seperti bahasa-bahasa Eropah lain di sebelah Eropah Barat, bahasa Belanda mempunyai kata pemeri atau 'be-verb'. Kata pemeri ini dalam bahasa Melayu merujuk kepada ialah dan adalah

Dalam bahasa Melayu, kata pemeri ialah digunakan di depan frasa nama dan frasa nama yang dimulai dengan kata hubung pancangan relatif, yang. Contohnya, Osman ialah lelaki yang baik. Kata pemeri adalah pula digunakan di depan frasa sendi nama dan frasa adjektif. Contohnya, bungkusan ini adalah dari abangku atau baju yang saya pakai ini adalah sangat mahal

Kata pemeri disebut sebagai het werkwoord zijn dalam bahasa Belanda. Maksudnya be-verb dalam bahasa Inggeris. Padanannya boleh didapati dalam bahasa Inggeris kerana kata pemeri sebenarnya jarang digunakan dalam bahasa Melayu.

Ik ben I am

Je bent (ben je?) you are (tak rasmi; tidak ditekan)
Jij bent (bent jij?) you are (tak rasmi; ditekan)
U bent (bent u?) you are (rasmi)

Hij is he is
Ze is she is (tidak ditekan)
Zij is she is (ditekan)
Het is it is

We zijn we are (tidak ditekan)
Wij zijn we are (ditekan)
Jullie zijn you are
Ze zijn they are (tidak ditekan)
Zij zijn they are (ditekan)