Kata Adjektif Posesif

Aku cuba untuk mencari padanan istilah kata adjektif posesif dalam bahasa Melayu namun gagal untuk menemuinya. Dalam bahasa Melayu pasar, kata adjektif posesif ini biasanya berpadanan dengan kata 'punya'. Dalam bahasa Melayu buku pula, kata ganti nama diletakkan di hujung kata nama yang dipunyai itu, contohnya rambutku (aku punya rambut), kasutku (aku punya kasut) atau bajunya (dia punya baju).

Sebaliknya, dalam bahasa Belanda pula penggunaannya sama seperti dalam bahasa Inggeris iaitu mine, your, his, her dan its. Kemudian, ia dibahagikan juga kepada jamak dan tunggal. Rujuk seperti berikut:

Tunggal

Mijn saya punya
Je (tidak ditekan), jouw (ditekan) kau punya 
Uw awak punya
Zijn dia punya (m)
Haar dia punya (f)

Jamak

Ons, onze kami punya
Jullie kamu punya
Uw kamu punya (rasmi)
Hun mereka punya