Kata Penunjuk

Bahasa Belanda mempunyai tiga jenis kata penunjuk. Dua kata penunjuk pasti iaitu de dan het serta satu kata penunjuk tak pasti iaitu een

Kata Penunjuk Pasti

De digunakan sebelum kata nama maskulin dan feminin manakala het digunakan sebelum kata nama neuter. Kita selalunya akan bercakap mengenai kata penunjuk de dan kata penunjuk het. Tidak ada satu pun cara untuk menjelaskan mengenai yang mana satu patut digunapakai. 

Oleh itu, dinasihatkan supaya mempelajari kata nama baru bersama dengan kata penunjuknya sekali. Ada dua cara yang berguna untuk dihafal semasa mempelajari perkara ini iaitu:
  • Semua kata nama jamak mestilah menggunakan kata de. Sebagai contoh, walaupun 'huis' adalah perkataan bagi het (het huis) namun kata jamaknya adalah de huizen
  • Semua kata nama kecil-kecil yang tunggal menggunakan kata penunjuk het. Sebagai contoh de tafel dalam bentuk kecil tunggalnya adalah het tafeltje
Perhatian juga, kata nama jamak selalunya lebih disukai daripada bentuk kata nama tunggal kecil, jadi orang Belanda bukan saja mengatakan de huisjes, tetapi juga mengatakan de tafeltjes

Kata Penunjuk Tak Pasti

Kata penunjuk een disebut sama seperti kata penunjuk bahasa Inggeris, an. Makna dan fungsinya sama dengan kata penunjuk tak pasti an dalam bahasa Inggeris. Contohnya, a child dalam bahasa Inggeris sama dengan een kind dalam bahasa Belanda. An accident dalam bahasa Inggeris sama dengan een ongeluk dalam bahasa Belanda.